Friday 2 March 2012

SLOT MOTIVASI PENGETUA


__________________________________________________________________________________



TAJUK
Sesi Motivasi Pengetua Bersama Murid Tingkatan 3.

PENDAHULUAN
Motivasi adalah satu unsur penting dalam meningkatkan semangat murid untuk mencapai kejayaan akademik. Motivasi daripada awal dan secara berterusan juga penting untuk kejayaan akademik yang berterusan. Antara pelbagai program peningkatan akademik PMR, adalah Slot Sesi Motivasi Pengetua Bersama Murid Tingkatan 3.

MATLAMAT
Puan Pengetua memainkan peranan dan sumbangan utama dalam proses peningkatan prestasi akademik PMR melalui Slot Sesi Motivasi Pengetua Bersama Murid Tingkatan 3. Murid rasa teruja apabila Puan Pengetua sendiri turun padang untuk bersama murid dan memberi ceramah motivasi.

OBJEKTIF
Objektif adalah Slot Sesi Motivasi Pengetua Bersama Murid Tingkatan 3.
  1. Puan Pengetua turun padang bertemu murid Tingkatan 3
  2. Memberi motivasi untuk meningkatkan semangat menghadapi cabaran PMR
  3. Menunjukkan peningkatan prestasi akademik dalam ujian/peperiksaan yang diadakan.
  4. Murid boleh mengetahui maklumat terkini tentang data keputusan ujian/peperiksaan melalui paparan yang ditunjukkan oleh Puan Pengetua untuk tindakan susulan.
ANJURAN
Pihak sekolah  dengan kerjasama Puan Pengetua, Guru B&K dan Penyelaras PMR dan jurugambar.

SASARAN
  1. Semua murid Tingkatan 3 tahun 2012
TARIKH DAN TEMPAT
17 Januari 2012 di Dewan sekolah

PENGISIAN PROGRAM
Penyampaaian sesi motivasi oleh puan Pengetua kepada semua murid tingkatan 3

TENTATIF PROGRAM/ATURCARA
  1. Peralatan yang perlu disediakan di dewan sekolah semasa rehat.
  2. Semua murid Tingkatan 3 beratur di tapak perhimpunan selepas rehat dan bergerak masuk ke dewan dan mengambil tempat.
  3. Puan Pengetua dijemput
  4. Penyelaras Tingkatan 3 memulakan majlis dengan kata-kata aluan
  5. Pengetua menyampaikan sesi motivasinya
  6. Kata-kata penutup oleh Penyelaras Tingkatan 3.
AKTIVITI
1.      Murid dudukdenagn senyap secara teratur di dewan .
2.      Penyelaras Tingkatan 3, Cik Krishnahveny memulakan majlis dengan kata kata aluan antaranya menyatakan tajuk program ini, objektif program iaitu meningkatkan semangat serta motivasi murid PMR dan harapan daripada murid dalam mengikutinya dengan penuh tumpuan.Ini adalah satu daripada 3 slot motivasi yang dirancang pada awal(Januari), pertengahan tahun (Jun) dan akhir(September).
3.      Puan pengetua membyat penyampaian beliau.
Pertama, beliau meminta murid cemerlang yang telah menunjukkkan peningkatan prestasi akademik yang cemerlang dalam PMR 2011 iaitu saudari Nor Faten dan Nur Afiqah berkongsi petua kejayaan dengan murid Tingkatan 3.Sesi soal-jawab turut diadakan.
Seterusnya, puan Pengetua menyentuh tentang kepentingan kehadiran dalm kejayaan akademik. Beliau memaparkan keputusan PMR Geografi yang ramai cemerlang mendapaT A tetapi pada masa yang sama ramai gagal kerana masalah tidak hadir untuk mengikuti p&p.
Kemudian, beliau dengan bantuan 2 murid menunjukkkan eksperimen balang dengan batu berbeza saiz bertajuk’ The big Rocks First’. Matlamatnya, untuk menunjukkan bahawa kita boleh memasukkan semua perkara yang dikehendaki dalam hidup iaitu dengan memasukkan batu besar (perkara pentingseperti pelajaran) dan kemudian memasukkan batu kecil(perkara kecil seperti face book)
Big Rocks
·         Kesihatan baik
·         Kehadiran baik
·         Pembelajaran bermakna
·         Keyakinan diri
·         Ciri-ciri kewanitaan
·         Pergaulan Soasial
 Tayangan video memaparkan En.Liu yang tiada tangan yang menggunakan kaki. Melakukan semua dengan kaki dan boleh bermain piano dengan baik walaupun menghadapi kesukaran dan luka pada awalnya. Seorang murid india yang tahu bahasa Mandarin telah alihbahasa kepada Bahasa Melayu. Beliau tidak putus asa.
 Puan pengetua mengharapkan sifat tersebut dalam diri murid Tingkatan 3.

       PENUTUP
        Keseluruhan program telah berjalan lancar. Murid pada keseluruhan berdisiplin dan telah memberi tumpuan kepada program dan membuat catatan.  Program ini tamat pada pukul 11.30 pagi. Slot seterusnya dijangka akan di adakan pada bulan Jun nanti

No comments:

Post a Comment