Saturday 3 March 2012

SISTEM PBS GANTI PMR 2014

Apa itu PBS?

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik . PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Bila PBS mula dilaksanakan?

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

Secara ringkasnya, PBS akan mengumpul prestasi murid sepanjang 3 tahun ( Tingkatan 1-3) merangkumi semua akvititi akademik , kokurikulum, projek, folio, sukan , sifat, sikap, kemampuan dan kepribadian.
Sistem PBS akan di keyin  oleh guru mata pelajaran terus kepada KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
Secara ringkas, apa yang saya faham ialah nama peperiksaan ini masih menggunakan PMR tetapi dinilai secara PBS.

Kalau ada salah dan faham, cikgu² boleh tak tolong betulkan dan terangkan macam mana PBS ini.
Untuk maklumat lanjut, masuk laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, klik Dasar dan pilih Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

No comments:

Post a Comment